Thursday, September 17, 2009

Cerita yang dah jadi sejarah...

Dah lama aku x update blog ni rindu plk kat blog ni.... Tengok pun x... Sibuk sangat ngan keje, ofis ke rumah ke sama je sampai nak rehat pun x cukup... Aku update blog ni pun nak citer pasal aku dan familyku... Citernya selepas aku berkahwin ibuku pula menamatkan zaman ibu tunggalnya selama 13 tahun lalu, sekarang ni ibuku bahgia dengan suaminya skarang... Aku pun senang hati dengan keputusan yang dia buat, asalkan ia mampu membahgiakan dirinya itu sudah cukup buat aku bahgia.... Tapi aku tetap rasa lain sebab ber 'ayah tiri' x sama dengan ayah betul walaupun baik tapi dia tetap ayah tiri dan masih ada halangan antara kami... Aku tetap merindu ayahku sendiri yang telah meninggal dunia 13 tahun lalu walaupun dia garang tapi kami tetap sayangkan dia... Dia berjuang untuk membesarkan kami adik-beradik sehingga ke akhir hayatnya... Bila nak raya ni aku rasa lain sangat sebab aku pun dah ada mentua kena la raya 2 tempat... 1st time plk tu.... X per la kena blajar biasakan diri dengan semua ni... Kita hidup kat dunia ni pun bukannya lama sangat kan, sebaik-baiknya nikmati la hidup ini dan hargai la apa yang kita ada skarang... Semua tau yang aku skarang ni dah pregnant dan dah nak masuk 6 bulan pun syukur alhamdulillah baby aku ni sihat dan bulan pose ni dia x meragam pun aku pun bole pose penuh... Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak raya kan, best je dapat pose sebulan 1st time juga dapat pose penuh ni... Masa kecik dulu pun x penah pose penuh sebab aku ni memang dari kecik dah ada gastrik sampai mak aku pun risau kalau aku sakit perut waktu bulan pose tapi skarang dah nak jadi mak orang pun.... Kejap je masa berlalukan aku pun dah nak jadi ibu... Ehm... apa-apa pun aku gembira sebab hubby aku banyak bagi sokongan pada aku, bantu aku kalu penat, kalu x der dia sape nak tolong aku kan... Timer kasih sayang sebab slalu bantu baby...

Ni plak gambar terbaru aku dah berisi kan...


Ni gambar ayah baru aku


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggers yang mengikuti blog aku ni...

No comments:

Post a Comment