Mulakan semuanya dengan azam yang baru, semangat yang baru, tapi keluarga tetap nombor satu.... buang yang keruh ambil yang jernih..... bina segalanya yang baru.... buka buku baru dan teruskan hidup dengan gembira dan bahagia.... Jangan sampai lupakan Nya.... Insyaallah Dia juga akan ingat pada kita yang kerdil di sisinya.... Ingatlah diri kita adalah seorang hamba kepadaNya bukan hamba cinta, bukan hamba kerja dan ape sahaja yang melibatkan hamba.... Sebenarnya arini aku dah letih wat keje tu yang merepek jap kat blog ni.... nak release tension.... awal tahun dah tension... nak kata banyak keje x juga tapi banyak benda nak fikir dan itu aku rasa lebih memenatkan... Nak sambung citer yang lepas cam dah bosab plk kan... biar la semuanya berlalu.....Aku dah semakin tabah sekarang ni.... Alhamdulillah.... Syukur YA ALLAH...... ;-)
Tuesday, January 10, 2012
Wednesday, September 7, 2011
Perasaan Seorang Wanita
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua bloggers dan kawan-kawan serta sedara mara yang pernah tengok blogku ini.... Raya kali ini tidak segembira raya yang lepas-lepas, suram je raya kali ni tapi aku redha di atas ujian mu ya Allah.... Aku redha ya Allah..... Biarla ia berlalu dan pergi jauh dari hidupku.... Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menikmati dan mengecapi kebahagian hidup ini dan terus mengingatiMu.... Terima kasih Ya Allah..... aku bersyukur kepadaMu Ya Allah.....
Wednesday, August 24, 2011
Besday Yang Ke - 26
Selamat Ulang tahun Kelahiran kepada diriku dan terima kasih diucapkan kepada Hubby dan kawan-kawan yang mengingati..... Terima kasih yang tidak tehingga.... ;)
Wednesday, August 10, 2011
Pelbagai Cerita dalam Satu Entry
Selamat Berpuasa dan Salam Merdeka dari aku sekeluarga buat kengkawan yang mengikuti blog aku ni..... Aku cuma nak post gambar peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang aku tidak berbloging..... Hayatilah gambar di bawah ni.....
Ni la gambar terbaru hero aku
Kenduri kawin anak mak Normah di Dewan Silveritage, Medan Gopeng
Lost World of Tambun g survey harga (maklumkan la dah lama x g)
Ni la gambar terbaru hero aku
Monday, August 1, 2011
Lamanya aku bercuti dari mengupdate blogku ini....
Salam.... Hai kawan2 yang sentiasa mengikuti blog ni skrg ni baru aku berkesempatan nak updatenya.... Rasanya dah dekat setahun aku x update blog ni.... Aku pun bz sesangat ni aku baru nak wat entry tahun 2011 rasanya masih ada masa lagi kot.... Org lain sumernya dah tukar background tapi aku mcm tu juga... hahaha....
X per aku akan tetap berusaha untuk mengupdate blog ni.....
Tunggu entry aku seterusnya....... Banyak giler nak citer ni tapi bukan skrg ler.....
Tunggguuuuuu.......
X per aku akan tetap berusaha untuk mengupdate blog ni.....
Tunggu entry aku seterusnya....... Banyak giler nak citer ni tapi bukan skrg ler.....
Tunggguuuuuu.......
Sunday, May 2, 2010
Zafran aiman lagi....
Wah lamanya x update blog ni... ni nak update pun bukannya ape cuma nak upload gambar zafran je... buat kenang2an... Skrg zafran dah pandai menerap... kejap je masa berlalukan dan zafran dah besar pun skrg ni... puas bila tgk dia membesar depan mata... kita tgk la gambar dia kat bawah ni ye... layan je... huhu...
Sunday, March 14, 2010
Kembali berblogging semula....
Sudah sekian lamanya aku x mengupdatekan blog aku... Bila tgk je aku pun dah bosan tapi nak juga citer tu.... Skrg ni aku dah pun bekerja semula... Dah masuk 3 mggu aku keje.... Skrg ni dah x der masa nak berehat mcm dulu2.. bila ada masa lapang itupun time zafran tido je.... tapi bila tgk zafran penat pun hilang.... tu lakan kalu dah ada anak.... mmg best sgt2... Skrg ni baru la tau nikmat ada anak tu mcm mane.... Bila dah ada anak plk dugaan lagi bnyk dah la aku dan hubby keje jauh2 dah dia kena berulang ke tempat keje iaitu dari manjung ke ipoh... Urusan hantar anak ke taska diambil sepenuhnya oleh aku sendiri... Mmg masa aku ngan zafran lama berbanding dia dgn abahnya... tapi cian juga tgk hubby aku tiap2 mggu penat... Itupun aku x kacau dia waktu malam kalu x nano2 juga la dia.... Skrg ni zafran dah cerdik sgt blum lagi genap 3 bulan kalu bawa berjalan2 suka sgt dia... Mggu ni kami x kemana dok umah je... Kalu x asik berjalan je... Mggu lepas kami ke Kuala Kangsar (rumah ayah tiri aku) dan terus ke Tasek Raban waktu petangnya... Tgk zafran sronok betul dia bila ditiup angin.... Bila tgk dia ok kita pun seronok je..... Semalam bersamaan dgn 13/3/2010 buat pertama kalinya kami bawa zafran ke kenduri kawin dan ke tesco suka je dia bila dok kat tesco sejuk la katakan.... Zafran anak yang x bnyk ragam... Senang nk jaga dia dan x sabar nak tggu dia besar... Sebenarnya aku bnyk benda nak cter tapi mata plk dah ngantk kene la cas beteri aku plk.... Nnti aku sambung lagi la....
Subscribe to:
Posts (Atom)







